Categories
KENYATAAN MEDIA

Hasil lawatan Pangkor bukti Insinerator tidak selamat

Anggota-anggota GAIK telah melawat insinerator Pangkor pada 15 September 2014 dan mendapati pengurusan insinerator tersebut penuh dengan pelbagai kelemahan dari segi pengurusan dan pematuhan peraturan-peraturan alam sekitar.

Insinerator Pangkor berkapasiti 20 tan sehari dan pembinaan telah menelankan 21 juta ringgit, kelemahan juga pernah dikritikkan dalam Laporan Audit Negara 2012. Walaupun Jabatan Audit Negara telah membuat teguran dua tahun dulu, tetapi lawatan GAIK mendapati kelemahan incinerator Pangkor masih adalah serius dan melanggari DEIA.

  • Parit tempat sisa pepejal dikumpulkan tersumbat dan air larut resap (leachate) melimpah keluar merata tempat mengakibatkan pencemaran logam berat dan toksik yang tidak dapat dijangka;
  • air larut resap dari tapak pelupusan bersebelahan telah melimpah ke jalan raya;
  • koordinasi antara kerajaan negeri dan persekutuan yang lemah mengakibatkan tapak lupusan sebelah insinerator diuruskan dalam keadaan sangat teruk dan masalah berlanjut beberapa tahun;
  • pengasingan sisa tidak sempurna, barang toksik seperti bateri, mentol lampu dan alat perkakasan elektronik mungkin dibakar sama sekali dengan sisa perbandaran;
  • Julat suhu pembakaran yang dibenarkan oleh JAS iaitu antara 850°C sehingga 1,000°C tidak dicapai, dan gas dioxin yang mampu mengakibatkan kanser telah dihasilkan;
  • melupuskan bottom ash di tapak pelupusan bersebelahan tanpa kebenaran Jabatan Alam Sekitar mengakibatkan pencemaran logam berat yang tidak dijangka; pengumpulan fly ash secara terbuka dan terbocor telah melanggari peraturan DEIA;
  • Sistem pemantauan pencemaran udara iaitu Continous Emission Monitoring System(CEMS) tidak memantau dioxin, merkuri dan PM2.5;
  • Oleh sebab sisa pepejal tidak diasingkan dengan teliti dan pembakaran kurang cekap, insinerator terpaksa ditutup setiap dua minggu untuk meyelenggara ruang pembakaran

Kelemahan pengendalian insinerator Pangkor telah membuktikan pihak Jabatan Alam Sekitar tidak menjalankan penguatkuasaan serta pihak pelaksanaan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan kontraktor XCNT telah gagal mematuhi peraturan, mahupun menunaikan apa yang telah dijanjikan.

Apa yang membimbangkan ialah pihak penguatkuasa dan pihak pelaksanaan yang sama akan mengendalikan incinerator-insinerator berkapasiti 800-1000 tan di Kepong, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Jikalau mereka tidak mampu mengurus kapasiti insinerator kecil seperti ini, macam mana dapat mengurus insinerator yang berpuluh ganda kapasiti?

Selain itu, laporan The Edge pada 22 Sep 2014 mengenai empat konsortium disenaraikan dalam tender antarabangsa projek insinerator Kepong mengesahkan teknologi Jepun bakal dipilih kerana tiga daripada empat konsortium bekerjasama dengan syarikat Jepun.

  • UEM Environment Sdn Bhd – Mitsubishi Heavy Industries Ltd
  • DRB-Hicom Bhd – Sumitomo Corp
  • Puncak Niaga Holdings Bhd – Hitachi Zosen Corp
  • Malaysian Recources Corp Bhd (MRCB) – Hyundai Rotem Co

KTI telah mengikut rombongan lawatan insinerator Jepun rasmi pada 23-24 Jun, dan salah satu loji insinerator yang dilawat iaitu Suginami yang “kebetulan” diuruskan oleh Hitachi Zosen juga.

GAIK ingin mencabar Menteri Dato Abdul Rahman Dahlan menjelaskan mengapa insinerator Suginami dilawat “kebetulan”, mencabar menteri dan konsortium-konsortium tersenarai melawat empat insinerator kecil di Pangkor, Cameron Highland, Langkawi dan Tioman, serta Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar demi mengetahui bagaimana kemudahan-kemudahan tersebut dikendalikan.

GAIK juga menyerukan pihak berkenaan memberhentikan projek incinerator mega di Kepong, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan seluruh Negara serta menggantikan insinerator dengan konsep Zero Waste Management yang telah dibukti berjaya di Napoli, Itali dan Nova Scotia, Kanada.

 

Selamatkan Bukit Payong

Gabungan Anti Insinerator Cameron Highlands

 Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI)

 Jawatankuasa Anti Insinerator Tanah Merah

Ahli Parlimen Serdang Dr. Ong Kian Ming

 AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi lajnah Alam Sekitar, NGO Green Clean World, Zulkefly Mohamad Bin Omar

ADUN Pantai Remis Wong May Ing

Leave a Reply

Your email address will not be published.