Categories
NASIONAL

Himpunan aman ‘Solidarity4AzmiSharom’ 10 Sept

SHAH ALAM, 9 SEPT : Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menubuhkan gerakan Solidarity4AzmiSharom, tanda sokongan kepada pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Kedua organisasi itu menjemput ahli PKAUM, warga Universiti Malaya dan orang ramai untuk menyertai satu kuliah ringkas ‘Short Talks for Freedom’ sejurus selepas himpunan di Gazebo Perdanasiswa.

Prof AzmiMenurut kenyataan dari laman Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), himpunan aman itu diadakan pada 10 September ini bermula jam 1.00 petang di hentian bas utama Universiti Malaya sebagai tanda perjuangan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

“Komitmen kami untuk menjadikan Universiti Malaya sebuah institusi pengajian tinggi yang menegakkan kebenaran, keadilan dan keterbukaan demi kebaikan negara.

“Kebebasan akademik diperlukan supaya universiti boleh berfungsi sebagai tempat pengajian tinggi dan kecemerlangan di mana idea dan pendapat kritikal dikongsi bersama,” katanya.

Prof Madya Dr Azmi Sharom didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur 2 September lalu berhubung satu artikel yang disiarkan laman web Malay Mail Online pada 14 Ogos
yang menyentuh isu pengisian jawatan Menteri Besar Selangor mengikut landasan perundangan paling sah iaitu melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan pengundian.

Kerajaan sepatutnya memilih dialog dan debat selaras aspirasi sebuah negara maju, sebaliknya langkah yang diambil mengekang ahli akademik yang melaksanakan peranannya sebagai intelektual awam dan pengajar.

“Sistem pendidikan seharusnya melahirkan generasi berpengetahuan, berfikiran kreatif dan kritikal, mempunyai kemahiran kepimpinan serta mampu berkomunikasi dengan seluruh dunia.

“Sepatutnya mereka yang tidak sependapat dengannya melaksanakan hak bersuara yang sama melalui cara yang sama sekiranya ingin menyangkal pendapat beliau,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.