Categories
SELANGOR

Isu MB: PKR mohon mengadap Sultan

SHAH ALAM 20 SEPT: PKR memohon mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata Biro Politik yang dihadiri pimpinan kanan bermesyuarat semalam lanjutan perkembangan terbaru mengenai isu itu.

Sultan“PKR mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor seperti yang ternyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah.

“Oleh yang demikian, PKR merafa’ sembah memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Istana Selangor akan mengumumkan nama menteri besar Selangor yang baru selewat-lewatnya Isnin, sebelum istiadat mengangkat sumpah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.