Categories
SELANGOR

Isu MB tidak berbangkit semasa PRK Kajang

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 6 SEPT : Isu berhubung jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak timbul mahupun berbangkit semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Mac lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS bersetuju untuk menggerakkan jenteranya bagi membantu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding atas dasar setiakawan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Hadi PAS“Oleh sebab kita sama-sama dalam PR, kita minta anak buah bantu berkempen sehingga menang calon dan membuat satu resolusi bahawa PAS akan ikut pilihan raya di Kajang dan bekerja.

“Masalah siapa Menteri Besar tidak berbangkit ketika itu dan ini keputusan yang kita capai,” katanya pada Majlis Dialog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru Rusila, petang semalam.

Abdul Hadi berkata apabila timbul isu untuk menggantikan Abdul Khalid dengan tersebarnya surat tuduhan terhadap beliau, PAS berpendapat ia perlu diolah dengan adil.

Katanya Abdul Khalid tidak boleh dihukum sewenang-wenangnya kerana ia dianggap zalim serta dilarang keras oleh Islam.

“Kita sebagai sebuah parti Islam mahu supaya tuduhan itu diolah dengan adil kerana kalau menghukum begitu sahaja, maka zalimlah kita.

“Kita perlu rujuk dan tengok ayat al-Quran,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.