Categories
BERITA UTAMA

Isu Pembinaan Perumahan Mampu Milik Selangorku di Sungai Sering oleh Eco World Diperjelas

Sebagaimana yang ditawarkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU13, peruntukan sebanyak RM100 juta daripada rizab negeri bagi pembinaan Perumahan Mampu Milik (PMM) telah diluluskan oleh Dewan Negeri.

Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) dipertanggungjawabkan sebagai pengurus modal pusingan ini dan pelaksana dalam membina lebih banyak RMM pada masa akan datang.

Rumah SelangorkuSetelah beberapa konsep pembinaan PMM dipertimbang, Kerajaan Negeri akhirnya memilih konsep Pre-Fabricated – Industrial Building System (IBS) atau Pasang Siap untuk digunapakai kerana ia lebih cepat dan murah tanpa menjejaskan kualiti.

Beberapa siri perbincangan bersama dengan lebih daripada 5 buah syarikat pembinaan yang menggunapakai teknologi IBS kemudiannya diadakan termasuk Eco World Development Group Berhad (Eco World) dan Sunway Construction Sdn Bhd (Sunway).

Malah, LPHS juga telah membuat lawatan tapak projek ke Bangkok dan Singapura untuk memastikan sendiri kepakaran operasi pembinaan, kemampuan kuantiti pengeluaran dan keupayaan kualiti kesemua syarikat pembinaan ini.

Akhirnya, Eco World telah dipilih memandangkan teknologi IBS secara in-situ yang digunapakai, konsep pasang siap di tapak pembinaan yang dapat menjimatkan kos pengangkutan dan pengalamannya membangunkan PMM berskala besar kerana mewarisi sekitar 80% tenaga pakar daripada syarikat SP Setia Berhad Group.

Jelas, Nota 91 halaman yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat yang mendakwa Eco World tiba-tiba ‘dianugerahkan’ projek pembinaan PMM ini tidak berasas sama sekali.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada bulan Mac 2014 mengesahkan pelantikan Eco World sebagai Projek Management Consultant (PMC) atau Perunding Pengurusan Projek dan Kontraktor IBS untuk Merekacipta & Membina Bangunan Utama Pangsapuri Rumah Selangorku di Taman Ukay Indah, Sungai Sering, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak sebagai projek perintis.

Namun, kerja-kerja lain seperti pembinaan kemudahan utiliti dan awam, kedai pejabat, jalan keluar masuk utama dan sebagainya ditegaskan perlu melalui tender terbuka. Anggaran awal kos membina 2,496 unit Rumah Selangorku dijangka menelan belanja sebanyak RM615 juta dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun.

Bagi memastikan penawaran tender menurut prosedur dan menepati piawaian yang telah ditetapkan serta nilai projek yang munasabah, Jawatankuasa Khas Penilaian Kontrak Projek Rumah Selangorku Sungai Sering telah dibentuk yang terdiri daripada Ahli MMKN bagi Perumahan, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah LPHS dan bakat-bakat dalam bidang pembinaan.

Hasil kajian terperinci yang dilaksanakan oleh jawatankuasa ini dengan dengan bantuan Independent Checking Engineers (ICE) mendapati bahawa Kos Kontrak yang wajar ditawarkan kepada Eco World bernilai RM520 juta sahaja.

Hakikatnya, semua pihak terlibat telah mencapai persetujuan bahawa apa-apa penjimatan dalam Kos Kontrak akan dikira sebagai keuntungan bersama (profit sharing). Sekiranya terdapat peningkatan kos, kos tambahan itu perlu ditanggung sepenuhnya oleh Eco World.

Malah, mana-mana kos yang dibayar kepada Kontraktor IBS iaitu Eco World akan dimaklumkan kepada awam supaya semua transaksi kewangan dapat dipantau dan disemak oleh rakyat, sejajar dengan prinsip urus tadbir yang baik seperti ketelusan, amanah dan kebertanggungjawaban.

Keseluruhan projek ini akan berlangsung dalam tiga Fasa Pembangunan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung 2020:

 

Fasa Pembangunan

Tempoh Pembinaan

Bilangan Unit

Jenis Rumah

Fasa 1

Jan 2015 – Dis 2016

(20 bulan)

624

Blok 1 & 4 (900 kaki persegi, kp)

Fasa 2

Mei 2015 – Mei 2018

(32 Bulan)

1,248

Blok 2, 6, 7 & 8

(900 kp & 1,000 kp)

Fasa 3

Jan 2016 – Dis 2019

(36 bulan)

624

Blok 3 & 5

(1,000 kp)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.