Categories
NASIONAL

Jangan buat sendiri dalam buat ‘langkah besar’ – Hadi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BATU PAHAT, 18 SEPT: PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) selagi konsesus itu tidak melanggar syarat dan hukum syarak.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ia perkara terpenting bagi mengukuhkan kesepakatan gabungan PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

logo 60“Merujuk kepada syarat bertahalul yang disyaratkan para ulama maka PAS terus beristiqamah bertahaluf siasi bersama PR sejauh mana tidak melanggar syarak yang digariskan ulama.

“Seorang Muslim wajib menunaikan persyaratan disepakati kecuali kesepakatan yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

“Sepanjang sejarah kita tidak khianat rakan kita dalam PR dan kita juga mengharapkan rakan dalam PR tidak mengkhianati PAS,” katanya dalam ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS ke-60, hari ini.

Muktamar tahunan itu dilangsungkan tiga hari di Dataran Parit Salleh Ros di sini.

Abdul Hadi turut mengingatkan rakan dalam PR tidak membuat keputusan sendiri dalam membuat langkah besar.

‘Langkah besar’ itu dipercayai merujuk Langkah Kajang.

PKR memulakan Langkah Kajang yang akhirnya mengkucar-kacirkan Kerajaan PR Selangor lantaran ia tidak pernah mengadakan perbincangan dengan rakan dalam PR.

Leave a Reply

Your email address will not be published.