Categories
NASIONAL

Hadi: Jangan gopoh kejar kemenangan dijanjikan

Oleh: AFIX REDZUAN

BATU PAHAT 18 SEPT: PAS tidak akan sesekali menjadikan rakyat sebagai mangsa politik demi mendapatkan kuasa semata-mata.

Lebih mengecewakan, langkah ini dibuat secara tergopoh-gopoh sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa.

muktamar PAS“PAS tidak menjadikan rakyat yang lemah sebagai mangsa yang disalahgunakan untuk mendapat kuasa, atau sama ada kerana ingin menang dengan gopoh, atau tidak bersabar menunggu kemenangan yang dijanjikan oleh Allah.

“Sehingga sanggup melakukan apa sahaja, walau pun rakyat yang lemah menjadi mangsa ditipu, dibeli dan dikacau atau tanahair ini menjadi bahtera yang ditenggelamkan,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tegasnya, semua ahli PAS wajib teguh dan bersabar berdepan dengan cabaran kerana ini merupakan proses membersihkan parti daripada anasir hipokrit.

“Cabaran ini semua wajib dihadapi dengan istiqamah dan bersabar dengan penuh kebijaksanaan.

“Perjalanan yang sangat mencabar ini, sebenarnya membersihkan Jamaah Islam seperti PAS daripada anasir hipokrit dan yang lemah imannya, daripada individu tidak sabar dalam tindakan sehingga tidak istiqamah dalam perjuangan ini.

“Mereka sebenarnya adalah golongan yang tidak sabar dalam perjuangan,” ujar beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.