Categories
NASIONAL

Jangan hanya bertubuh PAS tetapi ‘kepala’ PKR atau DAP

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BATU PAHAT 19 SEPT: Perwakilan PAS Terenganu, Mohd Nor Hamzah mengingatkan ahli dan pemimpin supaya mematuhi dasar parti dan arahan presiden, bukan mengikut ‘kepala’ parti lain.

“Tahaluf Siyasi umpama tiga orang yang berkawan. Orang pertama nama dia PAS; kedua, PKR dan ketiga, DAP. Kepala PAS, kepala PAS. Tangan PAS, tangan PAS. Mulut PAS, mulut PAS. Kaki PAS, kaki PAS. Jangan ada tangan PAS yang mengikut kepala DAP.

“Kepala kita adalah Presiden kita. Kepala PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Jangan tubuh ada pada PAS tiba-tiba kepala ikut PKR dan DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 di sini, hari ini.

Mohd Nor berkata, Tahaluf Siyasi amalan PR sangat berbeza dengan amalan Barisan Nasional (BN), bermakna mana-mana parti tidak boleh dipaksa menerima keputusan yang dibuat parti lain.

“Kita suka nasi minyak tapi disuruh juga makan tomyam, mana boleh. Tomyam ada udang, kita ‘allergic’ (alahan),” katanya.

Beliau berkata, Tahaluf Siyasi PAS bersama PKR dan DAP mesti mengikut enam syarat yang digariskan Majlis Syura Ulamak dan selaras dengan nas Islam bagi memelihara agama dan kepentingan PAS.

“Kerjasama dari sudut politik, pertama haram. Kedua, harus dengan syarat. Tidak ada harus tanpa syarat,” katanya.

Saksikan siaran langsung melaluiĀ TVSelangorku.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published.