Categories
NASIONAL

Kehilangan Selangor bermakna kurang ruang untuk dakwah – Husam

Oleh Afix Redzuan

BATU PAHAT, 20 SEPT: PAS berdepan kesukaran menyebar dakwah di Selangor jika kemelut politik berlarutan hingga membawa kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan Selangor berkemungkinan terlepas ke tangan pihak lain.

Naib Presiden, Datuk Paduka Husam Musa, berkata ia berikutan sembilan daripada 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan majoriti tipis.

Berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60, beliau khuatiri PAS bakal berhadapan kehilangan beberapa kerusi.

“Kalau kita kehilangan kerajaan di Selangor, kita kehilangan peluang dakwah. Ini bukan soal kuasa atau jawatan tetapi peluang dakwah,” katanya sambil mengingatkan penyelesaian kemelut itu penting untuk menjaga hati pengundi bukan Islam.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menggesa PAS negeri memberi kerjasama kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk melaksanakan program dan menambah keahlian.

“PAS negeri perlu membentuk jawakankuasa rangkaian DHPP. Kita kena tolong dan mudahkan urusan mereka,” katanya yang menyifatkan DHPP sebagai adik bongsu dan memerlukan bimbingan pimpinan..

Sebelum itu, Ketua DHPP, N Bala Subramaniam berkata beliau turun ke peringkat negeri bagi menjelaskan perjuangan DHPP dan menambah jumlah ahli.

Sehingga kini, DHPP dianggar memiliki 6,000 ahli.

Saksikan siaran langsung Muktamar Tahunan PAS ke-66 melalui tvselangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.