Categories
SELANGOR

Keluasan hutan simpan meningkat, kecurian kayu bakau & pulau lenyap tidak benar

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 SEPT: Kerajaan Negeri menafikan laporan dikeluarkan sebuah akhbar tabloid semalam berhubung kegiatan kecurian kayu bakau yang didakwa semakin serius di Selangor.

Pemangku Exco Alam Sekitar, Sallehin Mukhyi berkata Kerajaan Negeri sentiasa sentiasa komited memelihara dan memulihara hutan simpanan kekal dan alam sekitar demi kelangsungan ekosistem yang menjadi tonggak kepada kehidupan lestari.

tgpiai204Katanya, Kerajaan Negeri mengimport kayu jaras bakau daripada luar bagi memenuhi permintaan tinggi selain menjalankan usaha-usaha memantau dan pemuliharaan hutan payau bakau dengan program rondaan berkala.

“Mengenai dakwaan 200,000 batang bakau bernilai RM2 juta dicuri setiap bulan, Jabatan Perhutanan memaklumkan kepada kita bahawa dakwaan itu tidak benar kerana jumlah itu membawa maksud bahawa 1,800 hektar hutan paya laut telah digondol sedangkan hakikatnya perkara itu tidak berlaku di lapangan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Exco MBSemalam, akhbar tabloid berbahasa melayu itu mendakwa kegiatan kecurian paya bakau di Selangor dijangka bakal melenyapkan enam pulau di negeri ini.

“Proses hakisan dan penambakan merupakan proses semulajadi di kawasan pesisir pantai yang berombak  dan proses ini berkait rapat dengan kaedah “cut and fill” secara semulajadi.

“Tambakan pasir laut menghasilkan daratan baru yang dikenali “mudflat” seperti yang berlaku di Hutan Simpan Pulau Ketam, Hutan Simpan Pulau Tengah dan Hutan Simpan Pulau Cek Mat Zin.

“Maklumat ini membuktikan laporan akhbar berkenaan bahawa pulau-pulau di Negeri Selangor akan lenyap disebabkan hakisan ombak adalah mustahil dan kurang tepat,” katanya lagi.

Hutan simpanan kekal di Selangor bertambah dari 15,090 hektar kepada 18,998 hektar pada 2009 termasuk Kawasan Hutan Simpan Pulau Ketam yang diwartakan sebagai hutan simpanan kekal pada 6 Mei 2009 seluas 2,365 hektar yang asalnya merupakan tanah kerajaan.

Semenjak 2010 sehingga kini, Jabatan Perhutanan Negeri tidak mengeluarkan sebarang pengwartaan keluar kawasan hutan simpanan kekal hutan paya laut yang bermaksud penebangan pokok bakau adalah tidak dibenar sama sekali.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.