Categories
NASIONAL

Kemelut MB: Hadi yakin hubungan PAS & PKR bakal pulih

Oleh Nazli Ibrahim

BATU PAHAT, 18 SEPT: PAS yakin kemelut politik di Selangor dan isu hubungan PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkaitan calon Menteri Besar Selangor dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ia terbukti apabila PAS sebelum ini dapat  menyelesaikan pelbagai masalah yang pernah timbul sebelum ini termasuk hubungan dengan parti dalam Pakatan Rakyat.

“Sudah tentu jalan keluar (krisis MB) ada dan kita tahu dalam perlembagaan kita bukan sahaja parti politik yang bertanding dalam pilihan raya, termasuklah raja dengan mematuhi perlembagaan.

“Itu masalah yang perlu diselesaikan. Umno juga pernah ada masalah di Terengganu, masalah di Perlis. Semua kita ada masalah.

“Memang PAS ada masalah sendiri dan you (awak) juga ada masalah sendiri. Tiap-tiap seorang ada masalah. PAS yakin semua masalah ini dapat diselesaikan,” katanya yang optimis ia akan pulih.

Yakin hubungan dengan PKR dapat dikekal, beliau yang turut menyatakan tidak timbul isu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyertai PAS, berkata berdepan sesuatu masalah merupakan perkara normal bagi organisasi atau mana-mana individu. 

Untuk saksikan siaran langsung Muktamar PAS ke-60, klik tv.selangorku.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.