Categories
NASIONAL

Kenapa Skuad Gempur BN tidak dikenakan tindakan?

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 SEPT: Skuad gempur BN yang menonjolkan aksi kurang sopan semasa penamaan calon pilihan raya perlu diambil tindakan pihak berkuasa sebelum mahu mengambil tindakan terhadap Jabatan Amal PAS.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berkata beliau hairan Jabatan Amal PAS kembali menjadi sasaran pihak tertentu sehingga ada yang mahu mengambil tindakan menahan anggota mereka.

Bwa2rwFCUAAv_ff“Selepas 20 tahun baru sekarang bangkit berkaitan Amal. Begitu juga dengan PPS yang ditubuhkan oleh kerajaan yang dipilih rakyat.

“Yang nyata ada lagi banyak skuad-skuad yang mungkin juga disifatkan seperti dibawah politik mahupun kerajaan negeri namun tidak berbangkit.

“Saya tidak faham apa yang berlaku malah macam ‘double standard’ (berat sebelah) pula,” katanya yang merupakan bekas calon Parlimen Simpang Renggam.

Bercakap kepada Selangor Kini Suhaizan menjelaskan, Jabatan Amal ditubuhkan sejak 20 tahun lalu merupakan salah satu cabang keanggotaan di bawah PAS dan Pemuda PAS Malaysia.

Pasukan ini ditubuhkan dengan konsep ‘Beramal kerana Allah’ bertujuan untuk berkhidmat di dalam program yang dianjurkan parti termasuk menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan serta pihak polis.

banjir_srimendan_3“Kita membuat kerjasama dengan agensi kerajaan termasuk polis umpanya mengawal lalu lintas dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan parti.

“Double Standard adalah kena pada BN boleh tetapi pada Pakatan tidak boleh,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau ‘yakin’ Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan sama seperti 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang.

Anggota PPS ditahan polis selepas menyertai perarakan Hari Kemerdekaan anjuran Kerajaan Pulau Pinang, 31 Ogos lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.