Categories
SELANGOR

Kes denggi dijangka meningkat Okt, tingkatkan waspada

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 SEPT: Kerajaan Negeri menyeru semua pihak bersama-sama secara kolektif membanteras gejala denggi yang semakin meruncing.

Pemangku Exco Kesihatan, Dr. Halimah Ali berkata, gejala denggi dijangka lebih serius dan membimbangkan menjelang Oktober, November dan Disember akan datang.

DENGGI GRAFIKKatanya, keadaan itu disebabkan keadaan hujan lebat yang banyak menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes.

“Ini berdasarkan keadaan sebelum ini bahawa mulai Oktober dan seterusnya, wabak denggi ini akan lagi merebak lagi serius.

“Jadi kami menjalankan kempen kesedaran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan dan semua untuk bertindak secara kolektif,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Sehubungan itu, Halimah berkata satu jawatankuasa akan diwujudkan melibatkan pelbagai agensi bagi menjayakan kempen berkenaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah, persatuan penduduk dan lain-lain.

“Kita¬† menumpukan kepada kumpulan sasaran iaitu beliau yang kita percaya mampu menjadi ‘change agent’ bagi mencorakkan masyarakat kita berhubung penjagaan kebersihan.

“Kedua ialah golongan wanita dalam memastikan bagaimana ahli keluarga kita tidak terkena denggi.

“Ketiga ialah golongan pelajar sekolah rendah hingga menengah yang berjumlah kira-kira satu juta ini agar mereka dapat membawa satu tabiat yang positif dalam mencegah denggi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Halimah memaklumkan terdapat 840 kes denggi dan 52 kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu epid ke-35, menjadikan jumlah keseluruhan 34,404 kes sejak awal tahun.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.