Categories
NASIONAL

Langkah Kajang umpama rampas bola untuk tendang ke gol sendiri

Oleh Afix Redzuan

BATU PAHAT, 20 SEPT: Proses penukaran Menteri Besar Selangor melalui Langkah Kajang disifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perbuatan ‘merampas bola untuk ditendang ke pintu gol sendiri.’

“Kita semua tahu pergolakan yang berlaku akhir-akhir ini bukan kerana PAS tapi kerana rakan tahaluf kita.

“Laksana satu pasukan bola sepak. Saya sepak bawa ke tengah padang. Ada orang yang hendak mengambil bola, passing sana passing sini, tendang masuk gol sendiri. Ini yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan dan penangguhan Muktamar Tahunan PAS ke-60 bertema Terus Beristiqamah.

Kenyatan itu dilihat menjawab kritikan sesetengah pihak yang menyalahkan PAS dalam kemelut penukaran Menteri Besar Selangor sedangkan Langkah Kajang dipelopori PKR.

Leave a Reply

Your email address will not be published.