Categories
NASIONAL

MAS perlu kaji semula dasar & strategi bukan buang 6,000 pekerja

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 SEPT: Malaysia Airlines Sistem (MAS) seharusnya menjalankan satu review yang komprehensif menangani aspek polisi, dasar dan strategi serta struktur dengan lebih khusus bukannya memberhentikan pekerjanya.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata MAS perlu mengimbangi peranan dan tekanan kesatuan sekerja yang ditanggapi terlalu kuat dari segi prestasi dan kecekapan sistem pengurusan.

mas1Katanya, peranan pekerja mesti diolah bagi memperkukuhkan MAS dan bukan sebaliknya.

“Adalah mustahak supaya kebajikan kakitangan MAS ini diberi perhatian pihak pengurusan supaya mereka dapat diserap dalam industri penerbangan atau diberi latihan semula agak mampu memiliki ‘skill sket’ merubah kerjaya.

“Pelbagai aspek dalam tuntutan dan etika kerja yang perlu dipertingkatkan supaya mereka memiliki ‘carier pathway’ yang lebih jelas untuk maju, sama ada krew dalam kabin atau kakitangan teknikal dan kejuruteraan,” katanya kepada Selangor Kini.

masBeliau berkata MAS juga perlu mengatasi isu kepimpinan atasan yang tidak mantap dan ‘enterprising’ berbanding pesaing MAS serta keterlibatan personel ‘ekspatriate’ bagi menyuntik persaingan dalaman.

Baru-baru ini, Khazanah Nasional Berhad mengumumkan MAS akan mengurangkan 6,000 (30 peratus) daripada 20,000 pekerjanya.

Sebagai pemegang saham terbesar MAS, Khazanah mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran itu selepas ia kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.