Categories
SELANGOR

MB baru sah angkat sumpah Selasa depan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 SEPT: Menteri Besar Selangor yang baru akan mengangkat sumpah pada 23 September (Selasa) ini di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 10 pagi.

Perkara itu disahkan pihak urusetia istana, Arfiq Farid ketika dihubungi Selangor Kini petang tadi.

SultanIa juga turut diakui Setiausaha DYMM Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Difahamkan, kad undangan bagi Istiadat Angkat Sumpah itu sudah diedarkan kepada para pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

Difahamkan pilihan calon menteri besar baru itu akan didedahkan tidak lama lagi, selepas keputusan muktamat terhadap jawatan itu dibuat.

Tetamu undangan dikehendaki memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok hitam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.