Categories
KENYATAAN MEDIA

MB: Istana akan beri maklum balas cadangan calon MB baru

Saya telah dimaklumkan bahawa ketiga-tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP telah menghantar calon-calon cadangan bagi jawatan Menteri Besar Selangor kepada DYMM Sultan Selangor.

Saya percaya proses seterusnya akan menyusul dan pihak istana akan memberi maklum balas terhadap cadangan yang telah diberikan.

Sehingga proses selesai, pentadbiran Kerajaan Negeri akan berjalan seperti biasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang sedia ada.

Saya menyeru semua pihak bersabar dan membenarkan proses dijalankan mengikut tatacara Undang-Undang Tubuh Negeri serta adat istiadat Negeri Selangor.

YAB TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.