Categories
SELANGOR

MB: “Saya masuk kampung dengar dan selesaikan masalah rakyat”

Oleh: LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 23 SEPT: Pemakaian kot dan tai nampaknya bukanlah pilihan utama pakaian Menteri Besar baru, Mohamed Azmin Ali.

Sebaliknya, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata beliau lebih selesa menyinsing lengan untuk menyiapkan kerja-kerjanya.

mbbaru5Katanya, beliau bukan berasal daripada keluarga elit malah melalui kehidupan biasa.

“Saya akan masuk kampung dan dengar luahan rakyat dan akan cuba selesaikan masalah mereka.

“Ayah saya mengajar saya erti kepayahan hidup. Dengan restu dan doa kedua ibu bapa saya, akhirnya saya diberi kepercayaan menjadi Menteri Besar,” katanya di hadapan hadirin di rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang, tengah hari ini.

Menurut Azmin, beliau pernah menjadi pengembala kambing dan menternak ayam sewaktu beliau kecil.

Menurut Azmin lagi, arwah ayahnya merupakan antara peneroka tanah pertama di kampung itu dan buktinya adalah nombor rumahnya di situ yang merupakan nombor ‘1E’.

“Saya dahulu pernah jadi pengembala kambing di kampung ini,” katanya.

“Saya pernah menternak ayam daging di kampung ini dan berkat doa ibu dan ayah saya, saya diberikan amanah sebagai menteri besar Selangor yang baru,” katanya.

Azmin yang dilahirkan pada 25 Ogos 1964 di Singapura bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

Bapa kepada enam anak itu mempunyai Sarjana Muda Ekonomi dan Pendidikan yang diperolehi daripada Universiti Minnesota, Amerika Syarikat.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sejak tahun 2010 memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke 13 lepas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.