Categories
SELANGOR

Azmin Ali angkat sumpah MB Selangor ke-15

KLANG 23 SEPT: Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali selamat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan DYMM Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.42 pagi ini.

Kenderaan khas yang Mohamed Azmin Ali kelihatan memasuki Istana Alam Shah pada pukul 8.30 pagi tadi.

Azmin mb

Mohamed Azmin yang mengenakan sepersalinan lengkap baju Melayu serba hitam dan bertanjak turut membacakan 10 sumpah aku janji sambil memegang Lembing Sembuana.

Beliau kemudiannya menandatangi surat cara pelantikan jawatan Menteri Besar sambil disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Turut hadir dalam upacara mengangkat sumpah itu, isteri beliau, Syamsidar Taharin, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dan empat Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Mohamed Azmin yang merupakan Timbalan Presiden KEADILAN dilahirkan pada 25 Ogos 1964, berusia 50 tahun dan dikurniakan enam orang anak.

Mohamed Azmin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik dan Ekonomi di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat dan setahun kemudiannya beliau menamatkan ijazah sarjana dalam pendidikan dari institut yang sama, menerima program latihan eksekutif dari Universiti Oxford.

Sidang media juga dijadual berlangsung pukul 2 petang ini di kediaman bonda Mohammed Azmin di Hulu Kelang.

Mohammed Azmin mendapat surat lantikan dari Istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan tanda tanya siapa bakal menerajui negeri terkaya di Malaysia ini.

PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong  Mohammed Azmin memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh Istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti.

Istana Selangor menjelaskan bahawa kelewatan pelantikan menteri besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam Pakatan Rakyat dalam pencalonan menteri besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Menurutnya, Mohammed Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.
PAS pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor.

 EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.