Categories
SELANGOR

MB: Selangor perhebat program pembangunan belia

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 SEPT: Kerajaan Negeri giat mengadakan pelbagai program dan menyediakan pelbagai prasarana bagi kemudahan belia dinegeri itu bagi menjalankan aktifiti berfaedah untuk mengisi masa lapang beliau seperti beriadah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha memperkasakan golongan belia diperhebat ekoran perangkaan kajian membuktikan kira-kira 65 peratus daripada jumlah penagih dadah dikesan terdiri daripada belia berumur 20 hingga 29 tahun.

belia6Jelas Abdul Khalid, keadaan ini amat membimbangkan apabila golongan ini merupakan kaum belia merupakan tulang belakang pembangunan dan kemajuan negara.

“Bagaimanakah kelak bentuk rupa negara ini sekiranya dipimpin dan diurus oleh kumpulan belia yang sudah rosak fizikal dan minda mereka akibat ketagihan dadah?

“Bahkan, suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan aktiviti jenayah lain yang dilakukan penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah,” kata Abdul Khalid ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Antarabangsa 2014 Peringkat Negeri Selangor 2014 di Dataran Kemerdekaan di sini, semalam.

belia8 (1)Katanya lagi, kajian juga menunjukkan lebih 40 peratus daripada banduan penjara merupakan penagih dadah yang sudah tentunya keamanan, kententeraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara.

Dalam Sambutan Hari Belia Antarabangsa 2014 Peringkat Negeri Selangor 2014 yang diadakan semalam dianggarkan lebih 10 ribu mengunjungi pelbagai acara yang dilangsungkan di sepanjang hari sambutan yang bertemakan ‘Tanpa Dadah Anak Muda Merdeka’ itu.

Antara acara dilangsungkan dalam sambutan yang serentak dengan hari kemerdekaan itu, termasuklah pameran kereta klasik, pelbagai jualan dan lain-lain.

Sementara itu dalam program Santai Belia Merdeka 2014 yang diadakan pada penutup sambutan malam tadi, dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis dan selebriti terkenal, Neelofa, Najwa Latif, Felixia Yap atau nama Islamnya Raisha Rania, Imam Muda Asyraf dan Ustaz Zul Pandan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.