Categories
SELANGOR

MB: “Setiap sen dana milik rakyat”

Oleh: LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 23 SEPT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata wang rizab negeri bukan suatu angka yang hanya perlu dibanggakan di atas kertas semata-mata.

Sebaliknya, Azmin berkata wang milik rakyat Selangor itu seharusnya dimanfaatkan demi kebajikan rakyat.

mbbaru2Katanya, dana Selangor yang mencecah RM 3.3 billion sehingga kini adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin.

“Setiap sen dana negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin.

“Cara saya dana itu bukan di atas kertas tetapi diterjemahkan kepada program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Selangor,” katanya dalam ucapan ringkas di hadapan rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang, tengah hari ini.

Terdahulu, beliau sempat mengimamkan Solat Zohor berjemaah di masjid berhampiran rumah ibunya yang disertai kira-kira 300 orang hadirin.

Azmin dalam ucapannya turut melafazkan ikrar untuk menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.

“Kerana akhirnya, saya perlu jawab kepada Allah, jadi saya berharap sekarang adalah waktu untuk kita mula bekerja.

“Saya juga telah menerima akujanji dengan Tuanku Sultan Selangor untuk menjaga keharmonian di negeri ini,” katanya lagi.

Azmin secara rasmi bergelar Menteri Besar selepas mengangkat sumpah dalam satu upacara di Istana Alam Shah pagi tadi bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.