Categories
SELANGOR

MBSA lanjut kempen bayar & menang sehingga 30 Sept

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 4 SEPT : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melanjutkan tempoh Kempen Bayar dan Menang Cukai Taksiran MBSA yang bermula 1 Ogos lalu sehingga 30 September ini.

Menurut laman sesawang facebook MBSA berkata, kempen tersebut menawarkan peluang memenangi dua buah kereta kepada orang ramai.

10625088_692009684202002_8509962428299680645_nOrang ramai yang belum menjelaskan cukai taksiran masih berpeluang menangi kereta Perodua Myvi 1.3 EZI Special Edition dan Proton Saga SV 1.3 CVT yang bernilai RM55,00 dan RM36,000.

Selain itu, orang ramai yang menyertai Kempen dan Menang Cukai Taksiran MBSA 2014 juga berpeluang merebut hadiah-hadiah menarik iaitu empat buah motosikal, dua set peralatan bilik tidur, serta dua set perabut ruang tamu dan barangan elektronik.

Pemilik harta yang mematuhi syarat-syarat yang ditetap secara automatik layak mengambil bahagian dalam kempen ini.

Sebarang pertanyaan mengenai kempen ini, boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Hasil & Pelaburan Tingkat 21, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam, di talian 03-5533 3883 atau layari www.mbsa.gov.my.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.