Categories
SELANGOR

MDKL terima Sijil Audit Kewangan Bersih 7 tahun berturut-turut

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 SEPT: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menerima anugerah Sijil Audit Kewangan Bersih daripada Jabatan Audit Negara buat kali ketujuh berturut-turut berikutan amalan urustadbir kewangan telus dan berhemah.

Yang Dipertuanya, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, ia berkat usaha dan kerjasama berpasukan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di daerah Kuala Langat.

MDKL1Katanya, MDKL sentiasa komited meningkatkan kawalan dalaman yang lebih efisyen dan mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran di dalam berbelanja.

“Bagi tahun lalu pendapatan MDKL berjumlah RM54.79 juta manakala jumlah perbelanjaan sebanyak RM49.2 juta. Daripada jumlah itu MDKL menunjukkan lebihan pendapatan sebanyak RM5.6 juta.

“Catatan itu menunjukkan MDKL berjaya meningkatkan hasil sebanyak 74 peratus,” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Azhar berkata, sebelum itu pada 2008 MDKL hanya mempunyai hasil sebanyak RM31 juta dan membelanjakan pada jumlah sama.

Bagaimanapun, katanya, dengan ketekunan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan warga kerja, MDKL berjaya meningkatkan hasil pada tahun lalu dan bagi mengawal perbelanjaan lebih efisyen, pihaknya hanya membelanjakan sebanyak RM49 juta dengan peningkatan perbelanjaan sebanyak 58 peratus dengan rizab bersih tahun lalu sebanyak RM11 juta.

“Antara punca peningkatan perbelanjaan sebanyak RM49 juta bagi tahun lalu adalah kerana meningkatnya kos tarif elektrik yang memberi impak besar terhadap perbelanjaan MDKL,” katanya.

Mohd Azhar mengingatkan kepada seluruh warga MDKL agar sentiasa berhemah dalam berbelanja dan mengikut apa yang telah diperuntukkan.

Ini adalah penting, kerana baginya demi memastikan sistem urustadbir kewangan yang terurus serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembayar cukai dan amnya kepada penduduk di daerah berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.