Categories
NASIONAL

MH370 genap 6 bulan hilang, keluarga masih menaruh harapan

SHAH ALAM 8 SEPT: Walaupun pesawat MAS MH 370 hari ini genap hilang 6 bulan, namun isteri pramugara Mohd Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman, 34, masih menaruh harapan tinggi menanti kepulangan suaminya sama ada masih hidup atau ‘sudah tiada lagi’.

Katanya, keluarga penumpang dan krew pesawat MH370 sentiasa menanti kepulangan insan tersayang walau apa terjadi kepada mereka sejak peristiwa malang 8 Mac lalu.

Stealth MH370“Kalau mereka hidup bawa mereka balik, kalau mereka sudah tiada bawa mereka pulang seperti MH17 kerana mereka juga manusia,” katanya dipetik Astro Awani.

Anak Intan, Iman, 5, sebelum ini dilaporkan terpaksa mendapatkan khidmat kaunselor ekoran emosinya kerap terganggu kerana terlalu rindukan ayahnya.

Tambah Intan, media juga harus sensitif dalam melaporkan apa yang benar-benar disebut oleh waris mangsa MH370.

“Hendak tulis boleh tapi jangan menambah ya,” jelasnya.

MH370, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Lebih 26 negara terlibat dalam usaha mencari pesawat Boeing 777 itu melalui udara, laut dan dasar laut. Namun selepas enam bulan, tiada sebarang petunjuk dapat dikesan.

Terlampau banyak teori konspirasi tentang kejadian itu antaranya rampasan dan sabotaj ke atas pesawat yang membawa 239 penumpang itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.