Categories
SELANGOR

MPK: Masih ada penduduk tak kenal ahli majlis

Oleh: NORHAYATI UMOR

KLANG, 26 SEPT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menambahbaik perkhidmatan mereka termasuk memperhebatkan hebahan tugas dilakukan MPK kepada masyarakat sekitar.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mohammad Yacob berkata kerja dilakukan MPK perlu diberi hebahan memandangkan terdapat penduduk tidak mengenali ahli majlis mereka.

MPKKatanya, tugas terbabit akan dilakukan Jabatan Komunikasi MPK.

“Dalam Kaedah Kaji Selidik Penilaian Asas Penambahbaikan Prestasi PBT Selangor yang dijalankan oleh Merdeka Centre, penduduk berpuashati dengan prestasi MPK dan Ahli Majlis, bagaimanapun ada yang perlu ditambahbaik.

“Ia termasuk kerja MPK lakukan termasuk hebahan Ahli Majlis di kawasan mereka ekoran terdapat penduduk masih belum mengenali Ahli Majlis kawasan mereka,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Bulanan MPK, di sini.

Mohammad berkata selain itu, hebahan itu juga merupakan bukti dan kerjasama MPK melalui program antaranya Local Agenda, program mesra rakyat dan sebagainya.

“Dalam kajian itu juga penduduk majoritinya berpuas hati dengan kualiti hidup mereka,” katanya.

Sebelum ini, Kaji selidik Merdeka Centre menunjukkan 73 peratus penduduk Selangor yang aduannya diambil tindakan berpuas hati dengan prestasi pihak berkuasa tempatan kawasan masing-masing berbanding 25 peratus tidak berpuas hati.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.