Categories
SELANGOR

MPK: Penduduk terlibat jambatan ke-3 Klang dimaklum awal

Oleh: NORHAYATI UMOR

KLANG, 26 SEPT: Penduduk terbabit dengan pembinaan Jambatan ketiga Klang akan dimaklumkan secara hebahan berhubung pembinaan jajaran jambatan itu supaya tiada bantahan di masa akan datang.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mohammad Yacob berkata pembinaan jambatan ketiga yang memasuki fasa kedua itu kini dalam proses akhir reka bentuk jajaran jambatan.

jambatan ketigaKatanya, pihaknya sudah mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya Negeri (JKR) berhubung pembinaan jajaran-jajaran jambatan.

Bagaimanapun, beliau berkata, MPK mahu penduduk dimaklumkan terlebih dahulu supaya tiada isu berbangkit.

“Kita mahu JKR bersedia dan memaklumkan kepada penduduk kawasan terbabit dengan pembinaan itu supaya reka bentuk itu boleh dimuktamadkan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Bulanan MPK, di sini.

Mohammad berkata JKR juga perlu mementingkan aliran trafik dan infrastruktur yang lain sepanjang laluan.

“Kita mahu pembinaan jambatan ini memberi kesan terhadap pengurangan kadar trafik dan dalam masa yang sama infrastruktur yang lain.

“Kita tidak mahu pembinaan itu nanti tidak mempunyai fungsi seperti yang kita mahu. Oleh itu, pihak JKR perlu mementingkan aspek dan kesan daripada pembinaan seperti yang kita mahu,” katanya.

Jambatan ketiga Klang sepanjang 2.5 kilometer akan bermula selepas persimpangan Sungai Udang/Teluk Pulai dan berakhir di persimpangan Jalan Goh Hock Hua dijangka akan siap pada Julai 2016.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.