Categories
SELANGOR

MPK tingkat semburan langkah kawal denggi

Oleh: Asri Sapfie

KLANG, 18 SEPT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil tindakan drastik bagi mengawal wabak denggi terus merebak dengan meningkatkan semburan di kawasan kejiranan.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Klang, Zakaria Ismail berkata, pihaknya mengambil serius perkara ini dan sentiasa memantau kes ini dari semasa ke semasa.

MPK Fogging Jln Kg. Jawa (7)“Kami mensasarkan tugasan semburan dalam dua atau tiga kali seminggu. Pada tahun ini, kami sembur dua atau tiga tempat setiap hari bergantung pada kes di hospital,” kata beliau.

Proses semburan bermula sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada doktor pakar dari pejabat kesihatan daerah.

Pegawai penyiasat dari jabatan kesihatan akan meneliti kes daripada hospital sebelum mendapatkan butiran daripada pesakit dari segi lokasi dan tempat tinggal mangsa.

Seterusnya, mereka akan melakukan pemeriksaan dan memberitahu penduduk setempat sebelum melakukan semburan.

“Selain daripada semburan, kami juga menjalankan gotong-royong bersama penduduk setempat dan mereka juga memberikan maklum balas yang postif,” kata beliau.

Beliau juga turut menggesa masyarakat terutama golongan belia lebih peka kebersihan persekitaran supaya wabak ini dapat dibendung.

Pihak MPK juga giat mengadakan ceramah di sekolah untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar supaya membantu mencari tempat pembiakan jentik-jentik di rumah masing-masing.

“Kami mempunyai kuasa yang terhad dalam memeriksa setiap isi rumah supaya bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes ini dan dengan adanyapelajar ini secara tidak langsung dapat membantu pihak kami.

“Kami melakukan tinjauan dan semburan berdasarkan kes direkodkan di hospital sebagai langkah membendung wabak ini. Itulah sebabnya kami perlu mula dari sekolah untuk ubah tabiat masyarakat ke arah lebih positif dan memahami kerja kami,” kata beliau.

Setakat bulan Ogos 2014, 387 kes denggi direkodkan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.