Categories
SELANGOR

MPS laksana hari tanpa plastik & polisterin setiap Rabu

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 23 SEPT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melancarkan Program Hari Tanpa Beg Plastik dan Polisterin peringkat MPS bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar dan menggalakkan program kita semula.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPS, Tuan Mohd Azizi bin Mohd Zain, semasa Program Perhimpunan Bulanan MPS bagi bulan Mei yang diadakan di Lobi Menara, MPS.

hari-tanpa-beg-plastik“Program Hari Tanpa Beg Plastik & Polisterin di MPS akan diadakan pada setiap Rabu.

“Program ini juga adalah salah satu makanisme menyokong seruan Kerajaan Selangor yang telah melaksanakan program ini setiap hari sabtu,” katanya.

Pihak MPS juga turut menyediakan bekas makanan dan beg mesra alam yang boleh dibeli di Koperasi KOMAS atau kantin MPS.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan, MPS di talian 03-6126 6024.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.