Categories
SELANGOR

MPSJ anjur pertandingan masak makanan sihat

Oleh SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan Pertandingan Memasak Makanan sihat sempena Bandar Hijau 2030.

Ia dijadual bermula jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari di Main Stage, Garden Boulevard West (Indoor) One City, Subang Jaya 28 September ini.

Pertandingan anjuran Panasonic Malaysia Sdn Bhd itu terbuka kepada pengunjung dan bertema masakan makanan sihat dengan masa satu jam setiap individu.

MPSJ turut menyediakan hadiah menarik kepada setiap pemenang.

makanan.jpgTempat pertama hingga tempat ketiga akan membawa pulang barangan elektronik tajaan Panasonic manakala saguhati bernilai sehingga RM150.

Objektif pertandingan itu untuk meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat dengan pemakanan sihat kepada keluarga.

Ia juga menggalakkan orang ramai menyediakan masakan berkhasiat dengan mewujudkan kesedaran mengenai pengambilan nutrisi yang seimbang.

Sebarang pertanyaan lanjut menghubungi MPSJ di talian 03-8026 3125/4456

Leave a Reply

Your email address will not be published.