Categories
SELANGOR

MPSJ peruntuk RM400,000 baiki saliran SS15

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 19 SEPT: Orang ramai khususnya peniaga dan penduduk di kawasan komersial SS 15 digesa untuk memberikan kerjasama menjaga kebersihan kawasan sekitar.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata tanpa kerjasama dan kesedaran penduduk, masalah kebersihan termasuk sistem saliran tidak akan selesai.

PC Hannah Yeoh isu longkang (7)Katanya, perbuatan membuang sisa sampah ke dalam longkang di lorong belakang bangunan kedai tidak wajar diamalkan.

“Saya harap pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dapat melakukan pemantauan agar masalah ini tidak berulang.

“Harap dapat juga pihak berkuasa tempatan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang gagal memberikan kerjasama,” katanya dalam sidang media di sini pagi tadi.

Terdahulu, Hannah dibawa meninjau lokasi kerja-kerja membaiki sistem saliran di SS 15 yang turut disertai Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, ahli majlis Zon 1, Chia Yew Ken dan wakil Jabatan Kejuruteraan MPSJ.

MPSJ memperuntukkan perbelanjaan RM 400,000 bagi membaiki sistem saliran di beberapa kawasan di SS 15, antaranya, Jalan SS 15/4, Jalan SS 15/4A, Jalan SS 15/AA, Jalan SS 15/4G, Jalan SS 15/4D dan Jalan SS 15/4C.

Kerja-kerja berkenaan mula dilaksanakan pada 10 Ogos lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada 2 November depan.

Pada masa sama, Hannah turut menggesa agar kerja-kerja pembersihan saliran dapat diadakan lebih kerap di kawasan komersial seperti SS 15 dan bukan hanya dilakukan dua kali sebulan.

“Dua kali dalam tempoh sebulan ternyata tidak cukup, kalau dilakukan secara mingguan juga saya tidak fikir itu mencukupi di kawasan pesat seperti ini.

“Seharusnya kerja pembersihan saliran ini dapat dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam,” tegasnya.

Pengumuman peruntukan utk membaiki sistem saliran di SS 15 kawasan komersial (Hannah Yeoh/JKP Zon 1 Anggota Majlis/ Jurutera MPSJ)

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.