Categories
NASIONAL

Muktamar PAS lulus 10 usul termasuk mansuh Akta Hasutan

Oleh AFIX REDZUAN

BATU PAHAT, 19 SEPT: Muktamar Tahunan PAS ke-60 meluluskan 10 usul dengan tujuh daripadanya tanpa bahas termasuk desakan memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Usul memansuhkan Akta Hasutan 1948 dibawa bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Dewan Muslimat dan dibentang Dr Mujahid Yusof Rawa yang menekankan ia undang-undang lapuk British berusia 66 tahun.

Katanya, akta itu tidak memerlukan niat untuk menentukan pengertiannya selain tidak memerlukan bukti kesan sesuatu ucapan atau penulisan kepada suasana huru-hara atau tindakan fizikal.

Beliau turut menyentuh nasib beberapa individu yang didakwa mengikut akta berkenaan, antaranya Safwan Anang, pensyarah Universiti Malaya, Azmi Sharom dan terbaru, Adam Adli.

“Muktamar PAS mendesak Kerajaan Persekutuan menyegeran pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang lapuk dan tidak relevan.

“Akta baru yang diganti mestilah melalui proses konsultasi awam dan melalui Jawatankuasa Khas Parlimen supaya kita tidak menggantikan yang buruk kepada yang lebih buruk,” katanya.

Saksikan siaran langsung melaluiĀ tvselangorku.comĀ esok

Leave a Reply

Your email address will not be published.