Categories
SELANGOR

Nik Nazmi letak jawatan Timbalan Speaker, jawatan diisi PAS

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 SEPT: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan tujuh muka lama dikekalkan dalam barisan Exco Kerajaan Selangor yang baru.

Mereka adalah, Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Daroyah Alwi (PKR-Sementa), Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sg Pinang), Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan), Ganabatirau Veraman (DAP-Kota Alam Shah), Iskandar Samad (PAS-Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang).

exco baruManakala muka baru dalam barisan Exco kali ini, Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Amiruddin shari (PKR-Batu Caves) dan Zaidy Abdul Talib (PAS-Taman Templer).

Komposisi terbaru ini menjadikan kedudukan Exco terkini tiga PAS, tiga DAP dan empat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu jawatan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor akan diisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS.

“Nik Nazmi Nik Ahmad telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

“Saya bersetuju supaya jawatan Timbalan Speaker disandang oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat,” kata Mohamed Azmin dalam sidang media di Bilik Gerakan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, pagi ini.

Jelas beliau keputusan ini sudah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Exco akan dilangsungkan pada hari ini, jam 3.00 petang di Istana Alam Shah, Klang.

“DYMM Sultan Selangor telah memperkenankan perlantikan 10 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkuatkuasa mulai 26 September 2014,” kata Mohamed Azmin lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.