Categories
NASIONAL

Perwakilan Kelantan ingatkan Mohamad Sabu jangan tertukar bapa

Oleh Afix Redzuan

BATU PAHAT 19 SEPT: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ditegur supaya tidak tertukar bapa berikutan bercanggah pandangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kemelut politik Selangor.

Berkias melalui serangkap pantun, Perwakilan Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari mengingat betapa setiap orang ada ‘bapa sendiri’ dan jangan sesekali tertukar dengan ‘bapa orang lain’.

“Bapa haruan-haruanlah juga,
tidak sama bapa tenggiri, 
Bapa orang, oranglah juga,
tidak sama bapa sendiri.”

Pada sesi perbahasan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, hari ini, beliau menyatakan perbezaan pandangan bukan masalah besar tetapi perlu diselesaikan dalam mesyuarat, bukannya dihambur dalam media.

“Presiden buat keputusan, Timbalan Presiden sanggah secara terbuka. Kelantan percaya perbezaan pandangan jangan sebut secara terbuka kerana ahli akan keliru. Kenyataan itu memalukan,” katanya.

Ahmad Fadhli memberi peringatan untuk mendedahkan video individu yang terlibat dalam perhimpunan untuk menjatuhkan Presiden PAS di Pustaka Az-Zahrah, Kota Bharu 31 Ogos lalu.

Beliau menyebut himpunan berkenaan dihadiri AJK Pas Pusat dan ia bertentangan dengan adab berjemaah.

Saksikan siaran langsung melalui TVSelangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.