Categories
NASIONAL

PAS pilihan golongan profesional, keahlian capai 1 juta – Salehuddin

Oleh Afix Redzuan

BATU PAHAT 20 sept: Selepas 60 kali bermuktamar dan pelbagai ranjau berliku telah diredahi, PAS hari ini mengumpul keahlian kira-kira 1 juta orang, kata Naib Presiden PAS, Sallehuddin Ayub.

Beliau berkata, golongan cerdik pandai dan profesional semakin ramai menyertai dalam parti yang pada peringkat awal penubuhan hanya mempunyai kira-kira 100 ahli sahaja.

“Mula-mula, hanya ada kira-kira 100 ahli sahaja tetapi sekarang PAS ada 1 juta keahlian,” katanya pada sesi perbahasan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 di sini, hari ini.

Dewan Muslimat PAS pula mencadangkan kepimpinan tertinggi parti mempertimbang pertambahan jumlah wakil muslimat dalam semua program parti termasuk mesyuarat bagi mengelak kemungkinan fitnah.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berpendapat sekurang-kurangnya dua wakil muslimat diletak dalam setiap aktiviti harian berikutan aduan beberapa wakil muslimat berhubung hal itu.

“Saya mendapat keluhan ahli bawahan, muslimat ¬†berseorangan dalam mesyuarat harian. Bayangkan mesyuarat berakhir lewat malam tetapi wakil muslimat hanya seorang.

“Bukan sahaja sebagai peneman tetapi untuk elak fitnah,” kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu.

Saksikan siaran langsung Muktamar Tahunan PAS ke-66 melalui tvselangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.