Categories
SELANGOR

PAS Selangor: “Perbincangan dengan Umno adalah fitnah”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 SEPT: Dakwaan kononnya PAS Selangor mengadakan perbincangan dengan Umno berhubung isu Menteri Besar merupakan andaian sendiri pihak tertentu,  sekaligus fitnah kepada seluruh ahli PAS Selangor.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, tindakan Umno menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar dipercayai kerana tidak yakin mampu merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) sekiranya Pilihan Raya Negeri diadakan.

umno-dan-pas-565x376“Saya berani sahkan bahawa PAS Selangor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan UMNO di Selangor.

“Tindakan Umno menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim adalah kerana UMNO tidak mahu DUN dibubarkan dan berlakunya Pilihanraya Negeri. Ini kerana kerana UMNO sendiri tidak yakin.

“Itu tak bermakna PAS Selangor dan Umno Selangor bekerjasama dan pendirian PAS Selangor adalah setia, kekal mempertahankan PR termasuk mengekalkan empat exco kita,” kata Mohd Khairuddin dalam satu kenyataannya di sini, malam tadi.

Mohd Khairuddin juga mendapati pihak yang membuat andaian jahat terbabit bukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS atau ahli perhubungan PAS Selangor.

“Saya merujuk kepada laporan berita yang menggambarkan seolah-olah PAS nak sertai Umno,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.