Categories
NASIONAL

PAS tiada hasrat ‘terkinja-kinja’ dengan Umno

SHAH ALAM 9 SEPT: PAS tidak mempunyai niat atau hasrat untuk “terkinja-kinja” bersama dengan Umno sepertimana andaian pelbagai pihak.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof, berkata berdasarkan pengalaman dan sejarah, ahli menjadi agen Umno dalam parti “akan mengakhiri karier” politik mereka dalam parti itu jika berbuat demikian.

umno-dan-pas-565x376“Saya tidak menafikan bahawa hari ini Umno menggunakan taktik untuk memecahbelahkan PAS. Saya menyatakan PAS berdiri teguh menentang usaha untuk merosakkan PAS dari dalam.

“Pengalaman dan sejarah PAS, siapa merosakkan PAS atau menjadi agen terkinja-kinja (untuk) bersama Umno, mereka akan mengakhiri karier (politik) dalam PAS,” katanya dalam satu forum malam tadi dipetik Malaysiakini.

Dr Mujahid yang juga MP Parit Buntar memberi jaminan PAS tidak akan bersama dengan Umno sekalipun pelbagai andaian dibuat mengenainya dan beliau tidak mampu menyekat persepsi itu.

“Saya nak beritahu, PAS tidak ada apa-apa hasrat atau niat untuk bersama dengan Umno,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.