Categories
SELANGOR

PAS tak pernah setuju bilangan exco dikurangkan

SHAH ALAM 26 SEPT: PAS Selangor menolak dakwaan mereka bersetuju dengan pengurangan kerusi milik parti itu dalam senarai barisan Exco yang baru

Datuk Menteri Besar, Mohammed Azmin Ali pada Jumaat mengumumkan PAS hanya diberikan tiga daripada empat kerusi Exco.

exco selPAS bagaimanapun diberikan jawatan Timbalan Speaker yang sebelum ini dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Daripada 10 jawatan Exco itu, empat diberikan kepada PKR dan tiga kepada DAP.

 

Berikut adalah kenyataan media oleh Mohd Khairuddin Othman yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor berhubung perkara itu:

PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa PAS telah bersetuju agar bilangan Exco PAS dikurangkan dari 4 kepada 3.

Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini.

Kami juga berpandangan penguguran YB Dr Hjh Halimah Ali dan YB Ustaz Sallehin Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik.

Walau bagaimanapun PAS mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

Sebelum ini Exco-Exco PAS telah kekal di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

Oleh yang demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.