Categories
NASIONAL

PBT jangan halang rakyat cari rezeki halal

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 SEPT: Mekanisma khas membolehkan permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dikeluarkan serta-merta kepada peniaga kecil-kecilan perlu diwujudkan bagi membantu rakyat tempatan menangani kos sara hidup melalui perniagaan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata pemerintah setempat sewajarnya bersikap pragmatik dan proaktif membolehkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana melakukan aktiviti perniagaan yang menepati syarat-syarat kebersihan dan persekitaran.

 dbklGerakan belia itu berkata demikian mengulas pergelutan antara penguatkuasa undang-undang dan peniaga tempatan yang dipaparkan dalam satu sebaran video di internet baru-baru ini.

“Harus diingat, rakyat Malaysia ketika ini menghadapi kemelut kewangan yang parah. Fakta menunjukkan nisbah hutang isi rumah telah mencecah 854 bilion bersamaan 86.8 peratus Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK).

Hampir 80 peratus rakyat Malaysia tidak mampu menyimpan (saving) di atas kesempitan hidup dengan kenaikan harga barang/perkhidmatan yang tidak terkawal,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Mohd Noor.

Seiring dengan dasar pro-rakyat susah itu, pemerintah digesa membanteras monopoli ruang perniagaan oleh warga asing.

Penularan pengusaha warga asing di hotspot perniagaan, kata SAMM, memberi imej buruk kepada reputasi penguatkuasa PBT.

“Mengapa wujud perbezaan layanan seperti ini? Apakah kerana rakyat tempatan yang baru hendak mulakan perniagaan tidak mampu membayar ‘wang perlindungan’ maka perniagaan halal mereka diberkas?,” soalnya.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.