Categories
SELANGOR

Pelajar Unisel menang Pertandingan Minggu Pembinaan Antarabangsa

KUALA LUMPUR 21 SEPT: Pelajar Fakulti Kejuruteraan mengharumkan nama Universiti Selangor (UNISEL) apabila bergelar johan dan naib johan dalam pertandingan ‘Minggu Pembinaan Antarabangsa’ di Pusat Dagangan Dunia Putra kelmarin.

Mereka telah menewaskan wakil daripada Politeknik Ungku Omar dalam pertandingan tersebut.

UniselKedua-dua pelajar itu, Muhamad Azizul Abd Aziz (Johan) dan Muhammad Syukri Mamat (Naib Johan) merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Pencapaian menjuarai pertandingan ‘Fast furious slum test’ ini amat membanggakan seluruh warga UNISEL kerana ia merupakan penyertaan kali pertama.

Ia sekaligus dapat menaikkan imej serta reputasi UNISEL di kalangan institut pengajian tinggi (IPT) negara.

Kemenangan ini diharap dapat menjadi pencetus kepada seluruh pelajar untuk mencipta lebih banyak ruang keterlibatan selepas ini.

Sesungguhnya kejayaan sebegini merupakan antara indikator keupayaan serta kebolehan setiap pelajar UNISEL juga secara keseluruhannya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.