Categories
SELANGOR

Pemeteraian Perjanjian Utama jamin perkhidmatan efisyen industri air

PUTRAJAYA 10 SEPT: Hasrat Kerajaan Selangor untuk menguruskan industri air, tercapai berikutan Perjanjian Utama antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat dimeterai di sini, hari ini.

Pada kenyataan media, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid brahim, berkata perjanjian selaras dengan hasrat Akta Industri dan Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.

Beliau berkata, perjanjian itu sekali gus membuka lembaran baharu bagi perkhidmatan industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ia berikutan, katanya, syarikat milik penuh rakyat Selangor, Air Selangor Sdn Bhd akan membawa perkhidmatan bekalan air ke tahap lebih profesional dan efisien.

MENYUSUL LAGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.