Categories
NASIONAL

Pemimpin sibuk berpolitik, pembelaan Kampung Chubadak dilupakan

Oleh Nazli Ibrahim

BATU PAHAT 20 SEPT: Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS diingat supaya tidak terlalu banyak berpolemik hingga melupakan isu rakyat, kata Pengerusi Lajnah Tanah, Pembangunan Peneroka Bandar dan Orang Asal, Mazlan Aliman

Mengakui isu politik harus diberi perhatian, beliau berkata, PAS perlu pro-aktif menyelesaikan isu rakyat kerana golongan tertindas memerlukan bantuan segera.

Katanya, antara isu penindasan rakyat yang perlu pembelaan serius termasuk perobohan rumah penduduk Kampung Chubadak dan isu tanah kubur tujuh kampung di Penggerang, Johor.

“Kita terlalu banyak berpolemik hingga tetapi kadang-kadang yang duduk di Kampung Chubadak sampai rumah dirobohkan.

“Rakyat menangis dan Makcik Waheda duduk dalam garaj kereta kerana rumah diroboh. Di mana sensitiviti kita?” katanya pada penggulungan perbahasan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, hari ini.

Saksikan siaran langsung Muktamar Tahunan PAS ke-66 melaluiĀ tvselangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.