Categories
NASIONAL

Pemuda PAS minta pembantu Hadi utamakan mesyuarat Pakatan

Oleh AFIX REDZUAN

BATU PAHAT 19 SEPT: Perwakilan Pemuda PAS, Sany Hamzan meminta pembantu peribadi yang pengendali diari Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengosongkan aktiviti Presiden PAS itu jika ada mesyuarat Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, tindakan itu bagi memudahkan Abdul Hadi menghadiri mesyuarat supaya dapat duduk bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk membuat keputusan berkaitan kepentingan PAS.

Katanya, ia penting bagi mengelak dakwaan kegagalan Abdul Hadi yang kedengaran tidak hadir dalam beberapa mesyuarat itu sebelum ini.

“Kita minta yang jaga diari presiden, kena jaga betul-betul. Kalau dah tertulis mesyarat Pakatan Rakyat, jangan ditokok dengan aktiviti lain.

“Kita mahukan kehadiran pimpinan kita. Kita mahu presiden hadir membuat keputusan sama ada yang kecil atau besar dalam Pakatan Rakyat,” katanya pada Muktamar Tahunan PAS ke-60, hari ini.

Terdahulu, PAS Sarawak berhasrat bertanding 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan datang apabila mandat berakhir April 2016.

Perwakilan Sarawak, Andri Zulkarnain Hamdin berharap pimpinan di Semenanjung sedia ke Negeri Kenyalang itu bagi membantu jentera pilihan raya membuat persediaan awal.

“Kita fokus lima DUN (baru) dan lima DUN sedia ada. Kami mohon selepas muktamar, jentera pilihan raya digerak bagi membantu jentera di Sarawak,” katanya.

Beliau mengakui masih bergantung kepada pimpinan Semenanjung bagi menyebar maklumat berikutan banyak kekangan untuk menambah ahli dan mencari calon di peringkat tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.