Categories
NASIONAL

Penahanan Susan ikut Akta Hasutan ulangi tragedi wartawan ditahan ISA

Oleh Afeeqa Afeera
SHAH ALAM, 5 SEPT : P erikatan longgar pengamal dan aktivis media, Gerakan Media Marah (GERAMM) mengecam keras penahanan wartawan Malaysia Kini, Susan Loone mengikut Akta Hasutan 1948 kerana ia berlawanan dengan semangat kebebasan media.

Pada kenyataan media, sekretariat itu berkata pihak berkuasa tidak wajar melakukan penahanan itu kerana wartawan hanya membuat laporan berdasarkan temu ramah dengan individu tertentu.

Menyatakan penjelasan balas boleh dibuat jika wujud kesalahan dalam laporan, GERAMM turut menyifatkan penangkapan itu sebagai usaha menakut-nakutkan pengamal media.

“Apatah lagi, ia dibuat beberapa jam selepas Susan memberi kerjasama kepada polis dengan memberi keterangan berhubung siasatan mengenai kontroversi Pasukan Peronda Sukarela (PPS),” kata kenyataan itu.

GERAMM juga bimbang Susan ada unsur campur tangan politik berikutan isu PPS melibatkan kepentingan politik dua pihak bertentangan.

GERAMM menyifatkan penahanan itu sekaligus  mengulangi tragedi penahanan wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng pada 12 September 2008 yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kerajaan ketika itu kemudian memberi alasan tidak munasabah iaitu mahu ‘menjaga keselamatan’ wartawan berkenaan.¬†Apakah polis melakukan tangkapan itu atas alasan sama dalam kes Susan?” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Susan disiasat mengikut Akta Hasutan berkaitan tulisannya berhubung temu bual dengan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan polis.

Susan ditahan ketika disoal siasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang semalam serta telefon bimbitnya juga dirampas pihak berkuasa.

Beliau dibebaskan pada jam 11.45 malam tadi selepas hampir tujuh jam ditahan.

Susan sebelum ini hadir ke IPD itu memberi keterangan kira-kira jam 3 petang.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.