Categories
NASIONAL

Pendapatan rakyat RM5,900 hanya ‘propaganda angka’ -Hadi

Oleh: AFIX REDZUAN

BATU PAHAT, 18 SEPT: PAS mendesak Putrajaya membatal pelaksanaan GST kerana ekosistem ekonomi Malaysia masih belum bersedia.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sebaliknya mendukung matlamat membangunkan sebuah ‘Negara Berkebajikan’ yang memberi kemakmuran kepada rakyat.

muktamar PAS“PAS mahukan sistem cukai pendapatan dikaji semula kerana wujud ketidakadilan dari segi cukai yang dikenakan kepada golongan berpendapatan sederhana (middle-income) berbanding yang sangat kaya.

“Ini termasuk menghentikan pemberian AP kepada kroni, kerana ia pastinya mampu menjana hasil untuk negara daripada GST yang membebankan rakyat,” kata Presiden PAS dalam ucapan dasar.

Katanya, PAS berusaha membenteras kewujudan jurang kaya-miskin yang semakin melebar serta pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia yang tersangat-kaya akibat dari amalan memanipulasi pasaran.

Katanya jurang kemiskinan yang besar menyebabkan persaingan sihat tidak berlaku, selain kewujudan amalan kronisme dan nepotisme.

Selain itu katanya, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang pertumbuhan KDNK 6.4 peratus dalam suku kedua 2014 serta pengisytiharan kononnya pendapatan purata rakyat Malaysia mencecah RM5,900 sebulan hanya ‘propaganda angka’.

Saksikan siaran langsung Muktamar PAS ke-60 melalui tv.selangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.