Categories
SELANGOR

Penganalisis: Abdul Khalid calon terbaik terajui MAS

SHAH ALAM 7 SEPT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan calon terbaik untuk menerajui Malaysia Airlines (MAS) bagi memulihkan prestasi syarikat penerbangan itu.

Dalam artikel The Malaysian insider, pandangan sedemikian dilontarkan oleh penganalisis politik dari Univerisiti Malaya (UM), Mohammad Tawfik Yaakub.

Katanya, perlantikan Abdul Khalid dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan serta imej syarikat penerbangan terulung di Malaysia berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan beliau.

mas-a380-1-webMohamad Tawfik turut memetik kejayaan Abdul Khalid selama menjadi Menteri Besar yang antaranya pengambilalihan Guthrie Bhd oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 bilion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri dan program air 20 meter padu.

“Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar pertama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008 diyakini berdasarkan rekod kecemerlangan beliau yang lalu sebagai tokoh korporat disegani di Malaysia.

MB Bagus“Maka tidak hairanlah sebuah negeri paling maju dan terkaya di negara ini mampu dikendalikan oleh seorang tokoh seperti Abdul Khalid meskipun beliau berhadapan dengan cabaran yang besar untuk mengawal nafsu politik rakus sebilangan ahli-ahli politik partinya di Selangor,” katanya dalam artikel terbabit.

Tawfik berpandangan bahawa perlantikan Abdul Khalid sebagai peneraju MAS itu akan sedikit sebanyak mengubat hati rakyat Selangor dan Malaysia, selain membuktikan bahawa kerajaan Persekutuan mendahulukan kepentingan rakyat.

MAS, di bawah pelan 12 perkara oleh Khazanah Nasional Bhd akan menubuhkan sebuah syarikat baharu pada Julai 2015 untuk menempatkan MAS baharu.

Khazanah juga kini sedang mencari calon-calon berpotensi dari industri penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MAS menggantikan Ahmad Jauhari Yahya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.