Categories
NASIONAL

Penyokong Hadi berhimpun tunjuk sokongan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BATU PAHAT, 18 SEPT: Satu demontrasi diadakan sekumpulan 50 penyokong pro-ulama depan perkarangan yang menempatkab Muktamar PAS 2014 di Dataran Parit Salleh Ros di sini, hari ini.

Demontrasi di seberang jalan dewan muktamar itu menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan utama itu.

Mengikut mereka, demontrasi itu dibuat berikutan terdapat ‘suara sumbang’ yang tidak menghormati ulama PAS.

“Sepatutnya mereka menghormati pendirian ulama tetapi tidak tapu lebih suka dengar pendapat orang luar,” katanya yang enggan namanya disiar.

Beliau tidak menyebut mana-mana pihak tetapi dipercayai merujuk kumpulan Erdogan dalam PAS.

Beliau menyeru ahli PAS berdiri teguh di belakang ulama dan menolak pemimpin yang lebih gemar mengikut telunjuk orang luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.