Categories
NASIONAL

Perbezaan pendapat bawa manfaat jika diurus dengan baik – PAS Johor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BATU PAHAT, 18 SEPT: PAS Johor mencadangkan parti itu memulakan inisiatif berdialog dengan ahli akar umbi bagi membolehkan perbezaan pendapat di kalangan ahli, diurus dengan baik.

Perwakilan Muktamar Tahunan PAS 2014 itu, Zulhelmi Mohd Rohani berkata, perbezaan pendapat itu mampu dijadikan aset kepada PAS jika diurus secara berkesan.

“Sempena mengambil dialog yang dianjur Al-Quran, PAS Johor mencadangkan PAS mengambil inisiatif membuka sesi dialog termasuk perbahasan ilmiah.

“Kita tidak perlu risau perbezaan pendapat kerana perbezaan ia mampu menjadi aset parti bukan keruntuhan parti,” katanya pada sesi membahaskan ucapan dasar presiden parti di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia selaras dengan amalan Islam termasuk al-Quran dan hadis, malah
perbahasan mampu meredakan sesetengah pandangan bersentimen emosi semata-mata.

Untuk saksikan siaran langsung Muktamar PAS ke-60 esok, klik tvselangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.