Categories
SELANGOR

Pertama kali sidang media MB & Exco PKR di ibu pejabat parti

SHAH ALAM 27 SEPT: Buat pertama kali, sidang media Datu Menteri Besar baharu, Mohamed Azmin Ali dan empat Exco Parti Keadilan Rakyat berlangsung di ibu pejabat parti itu, petang semalam, bersama-sama Ketua Umum dan Presiden PKR.

Situasi itu tidak pernah berlaku sepanjang pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor kecuali hadir atas kapasiti pemimpin politik.

Sepanjang enam tahun menerajui Selangor, Abdul Khalid tidak pernah mengadakan sidang akhbar berkaitan urusan kerajaan negeri di ibu pejabat parti berikutan hubungannya dengan parti renggang dan tidak mesra.

BydzwhBCYAEgOYQ

Pada sidang media itu, Mohamed Azmin berjanji kepada pimpinan PKR untuk membincangkan isu kontroversi yang melanda pentadbiran sebelum ini dalam mesyuarat sulung Exco kerajaan negeri Rabu depan.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, ia termasuk isu kenaikan elaun Menteri Besar, projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan perjanjian industri air.

“Kami dinasihatkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengkaji semula isu tersebut.

“Kami akan membincangkannya pada Rabu,” katanya di ibu pejabat PKR petang semalam, selepas barisan ahli exco baru mengangkat sumpah di Istana Alam Shah di Klang.

Situasi itu menunjukkan wujud kerjasama pentadbiran baharu Kerajaan Selangor dengan pimpinan PKR dalam merancang kemajuan negeri berkenaan.

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi, berkata Abdul Khalid merupakan Menteri Besar Selangor pertama yang memisahkan antara pentadbiran Kerajaan Negeri itu dengan parti politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.