Categories
NASIONAL

Perwakilan Kelantan kecam Anwar belakangkan PAS dalam Langkah Kajang

KOTA TINGGI 17 SEPT: Perwakilan Pemuda PAS Kelantan hari ini mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan banyak tindakan politiknya membelakangkan parti itu hingga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tersinggung.

Nur Azariza Mohd Alwi berkata, Nik Aziz banyak bersabar tetapi sebenarnya berkecil hati kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak berbincang dengan PAS sebelum memulakan langkah politik termasuk Langkah Kajang.

“Jangan sibuk asyik mahu melayan karenah pihak lain hingga kita mengabai kepentingan parti sendiri. Selama ini, kita banyak bersabar. Tuan Guan Nik Aziz pun banyak berkecil  hati dengan Anwar.

“Buat Langkah Kajang, ada Anwar berbincang dengan kita? Sampai Tuan Guru Nik Aziz pun tersinggung,” katanya yang turut menyebut beberapa tindakan politik lain yang dibuat Anwar hingga menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat kelam kabut.

Ucapan perbahasan itu disambut majoriti perwakilan PAS dengan menepuk meja tanda sokongan pada Muktamar Pemuda PAS ke-55 yang bermula semalam dan berlangsung hangat dengan pelbagai isu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.