Categories
SELANGOR

Perwakilan Pemuda PAS sokong Abdul Khalid MB berintegriti

KOTA TINGGI 17 SEPT: Perwakilan Muktamar Pemuda PAS ke-55 hari ini menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai individu berintegriti dalam pentadbirannya.

Perwakilan Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, Johor itu menarik perhatian perwakilan apabila mereka menyokong keupayaan Abdul Khalid mentadbir Selangor.

MB Bagus a“Siapa yang boleh setuju Abdul Khalid hilang integriti dalam pentadbirannya. Bangun!” katanya dipetik The Malaysian Insider.

Namun tiada perwakilan bangun menyangkal kenyataannya sebaliknya sambil menepuk meja, semua perwakilan menyatakan sokongan Menteri Besar Selangor itu berintegriti dalam pentadbirannya.

Hanafi turut mengecam tindakan dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor yang menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggantikan Abdul Khalid.

“Kami berbangga dengan empat exco yang kekal mentadbir bersama Abdul Khalid untuk mengelak Barisan Nasional (BN) mengambil alih Selangor.

“Itulah hero kita,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.